Friday, 19 August 2011

Ya Ramadhan Karim...

19 ogos 2011.
sedar tak sedar rupa2nya kita dah sampai hari ke 19 bulan Ramadhan. malam ni malam ke 20. maka, tinggallah fasa kedua bulan Ramadhan iaitu fasa Maghfirah daripada Allah. Sepertimana mafhum Sabda Nabi :

" Ramadhan itu awalnya RAHMAT,  pertengahannya MAGHFIRAH dan akhirnya adalah PELEPASAN DARIPADA API NERAKA"

dapatkah kita mengecapi kedua2 fasa yang telah lepas........meninggalkan kita. dimanakah kita? adakah kita tergolong dalam golongan yang mendapat kedua2 rahmat Allah itu ataupun kita masih tidak sedar dan leka untuk merebutnya????? 

Masih ada lagi kesempatan bagi kita untuk meraih nikmat Allah dalam fasa yang ketiga selagi nyawa masih ada. berharap dan berdoalah agar Allah tidak tarik nyawa kita sebelum kita dapat meraih nikmat tersebut. kejarlah malam yang telah dijanjikan oleh Allah yang mana ganjarannya begitu besar... malam yang terbaik dan lebih baik daripada seribu bulan. Itulah yang dinamakan LAILATUL QADAR. carilah malam tersebut pada 10 malam terakhir. rebutlah peluang ini selagi Allah masih izinkan. hidupkanlah malamnya dengan banyakkan membaca al-Quran, solat2 sunat, berzikir dan Qiamullail.....

0 comments:

Post a Comment